Wednesday, July 27, 2011

Hari Usahawan / Hari Kantin

Tanggal 27/7/2011,
Berlakunya Hari Usahawan :P
Hari itu sangat BEST!
Aku datang pukul 12.00 lebih. Sepatutnya dah janji dengan Khairul Naim nak tunggu dekat luar sekolah. Tapi malangnya, aku yang lambat. SORRY NAIM ~
Dah masuk sekolah, jalan-jalan lepas tu stop sekejap dekat satu gerai ni. Diorang jual dadih,muffin,lagi apa tah dah lupa -.- aku beli dadih...sedap jugak la dadih dia...itu lah benda pertama yang aku beli dekat Hari Usahawan :P
Lepas tu, tiba-tiba hujan...spoil ~

Lepas tu,hujan berhenti. Aku beli burger,air,ice blended, banyak lagi la...
Dah pukul 4 camtu, kitorang dah tak tahu nak buat apa. Kitorang duduk je tengok orang.
Dah lama duduk sangat, aku pun membuat keputusan untuk masuk rumah hantu. JENG JENG JENG ~
Yang masuk rumah hantu aku,iman,syahir,azhar dengan naim (bukan Khairul Naim yang tadi)
Bila turn kitorang nak masuk, semua berebut tempat tak nak diri depan sekali dengan belakang sekali. HAHA SUMPAH KELAKAR xD
Dalam rumah hantu tu ada hantu pakai rambut Justin Bieber xD Sepatutnya nama rumah tu bukan 'Rumah Hantu' , tapi 'Rumah Lawak' HAHAHAHA

Nak tengok gambar? tengok lerrr

Rock Climbing





Luar rumah hantu



Dari kiri : Arinah , Naim , Fatihah , Iman , Me !

CANTEEN DAY IS AWESOME!

Aku orang mana?

-tiru adibdanial-

Selalu orang tanya aku orang mana.. Soalan itu selalu bermain di otak belah kiri aku...
Aku pun tak tahu nak jawab apa...

Kedah darul aman (1997 - 1999)

Disinilah tempat aku lahir...Aku lahir di Pusat Perubatan Utara (PPU) Disebabkan aku lahir Kedah, jadi IC aku pun kod Kedah punya la... Aku tak ingat apa yang berlaku semasa aku di Kedah kerana aku di Kedah selama 2 tahun sahaja...Aku reti la cakap Kedah sikit-sikit. SIKIT SANGAT ;P haha


Negeri Sembilan darul khusus (1999 - 2008)

Kat sini aku ingat apa yang ada. Aku belajar dekat Tadika Al-Anfal. Dekat situ, aku selalu tak masuk kelas. Aku selalu merayau kat kelas orang. Dekat situ, aku selalu tengok budak menangis sebab mak dia tak ada dengan dia..(Padahal aku pun sama -_-' )

Selepas itu, aku belajar dekat Tadika Kemas. Dekat situ, aku dah pandai baca,tulis,kira-kira,melukis dan mengorat :P Ingat lagi masa tu cikgu suruh melukis, aku lukis gambar The Rock tengah lawan dengan harimau atas gelanggang. Semua orang tengok. ada yang cakap "Eh, the rock la!"  ada jugak yang cakap "siapa ni?"  haha



Aku sekolah rendah dekat Sekolah Kebangsaan Ampangan...Dekat situ, aku selalu jadi wakil rumah sukan dalam lumba lari...tapi selalu dapat no. 2 -_-'
Dah sampai 2008..kena pindah KL...rasa sedih ada,gembira ada...hati ini bagai mengupas bawang -_-'


Selangor / Kuala Lumpur (2008 - ??? )

Di sinilah tempat tinggal aku sekarang. Rumah di Selangor, sekolah di KL. Macam jauh kan? Dekat je sebenarnya..
Aku UPSR kat sini...nak tahu aku dapat berapa A? Rahsia ~
Aku sekolah menengah dekat sini. Aku sekolah kat SMK Seksyen 5 Wangsa Maju.


Jadi, kalau orang tanya aku orang mana, aku akan jawab "aku lahir Kedah, pastu aku pindah Negeri Sembilan 9 tahun, pastu aku pindah KL."
Biarlah diorang tak faham, janji aku faham :P
Biarlah kita orang KL ke,Johor ke,Kota Bharu ke,Uruguay ke, yang penting kita rakyat MALAYSIA :)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA :P

Tuesday, July 26, 2011

Harry Potter dulu dan kini

-from oh!media-


Wajah pelakon Harry Potter mengikut peredaran zaman...Dulu wajah mereka penuh dengan senyuman, tapi sekarang ~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...