Wednesday, July 27, 2011

Aku orang mana?

-tiru adibdanial-

Selalu orang tanya aku orang mana.. Soalan itu selalu bermain di otak belah kiri aku...
Aku pun tak tahu nak jawab apa...

Kedah darul aman (1997 - 1999)

Disinilah tempat aku lahir...Aku lahir di Pusat Perubatan Utara (PPU) Disebabkan aku lahir Kedah, jadi IC aku pun kod Kedah punya la... Aku tak ingat apa yang berlaku semasa aku di Kedah kerana aku di Kedah selama 2 tahun sahaja...Aku reti la cakap Kedah sikit-sikit. SIKIT SANGAT ;P haha


Negeri Sembilan darul khusus (1999 - 2008)

Kat sini aku ingat apa yang ada. Aku belajar dekat Tadika Al-Anfal. Dekat situ, aku selalu tak masuk kelas. Aku selalu merayau kat kelas orang. Dekat situ, aku selalu tengok budak menangis sebab mak dia tak ada dengan dia..(Padahal aku pun sama -_-' )

Selepas itu, aku belajar dekat Tadika Kemas. Dekat situ, aku dah pandai baca,tulis,kira-kira,melukis dan mengorat :P Ingat lagi masa tu cikgu suruh melukis, aku lukis gambar The Rock tengah lawan dengan harimau atas gelanggang. Semua orang tengok. ada yang cakap "Eh, the rock la!"  ada jugak yang cakap "siapa ni?"  haha



Aku sekolah rendah dekat Sekolah Kebangsaan Ampangan...Dekat situ, aku selalu jadi wakil rumah sukan dalam lumba lari...tapi selalu dapat no. 2 -_-'
Dah sampai 2008..kena pindah KL...rasa sedih ada,gembira ada...hati ini bagai mengupas bawang -_-'


Selangor / Kuala Lumpur (2008 - ??? )

Di sinilah tempat tinggal aku sekarang. Rumah di Selangor, sekolah di KL. Macam jauh kan? Dekat je sebenarnya..
Aku UPSR kat sini...nak tahu aku dapat berapa A? Rahsia ~
Aku sekolah menengah dekat sini. Aku sekolah kat SMK Seksyen 5 Wangsa Maju.


Jadi, kalau orang tanya aku orang mana, aku akan jawab "aku lahir Kedah, pastu aku pindah Negeri Sembilan 9 tahun, pastu aku pindah KL."
Biarlah diorang tak faham, janji aku faham :P
Biarlah kita orang KL ke,Johor ke,Kota Bharu ke,Uruguay ke, yang penting kita rakyat MALAYSIA :)

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA :P

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...