The Sims,
Mungkin ada yang pernah main games ni. Mungkin juga ada yang masih bermain sehingga kini..
The Sims ialah sebuah game tentang life-simulation yang dibangunkan oleh Maxis dan diterbitkan oleh Electronic Arts. Permainan The Sims asalnya datang dari permainan SimCity. Cara untuk bermain permainan ini ialah dengan mengawal aktiviti seharian satu 'orang maya' atau lebih dalam rumah berhampiran dengan bandar SimCity.
Dulu, aku suka main game ni. Aku suka buat rumah dengan kreativiti aku sendiri. (kreativiti konon) Kadang-kadang aku suka buat rumah pelik-pelik. Benda yang wajib ada dalam pembinaan rumah aku ialah swimming pool. Kalau tak ada swimming pool memang tak sah. Benda yang paling aku takut masa main The Sims ni ialah bila rumah yang aku kawal ada pencuri masuk. Haha. Dia punya sound effect buat aku terkejut :P HAHA. Dah lama tak main game tu. Rindu pulak :P
No comments:
Post a Comment